Fadilat beri salam
UCAPAN salam yang dibiasakan dalam masyarakat Islam hanya mempunyai satu bentuk dan mesti menjadi amalan kepada setiap Muslim. Memberi salam sunat hukumnya, tetapi fadilatnya besar sehingga sesiapa yang mendengar, wajib untuk menjawabnya.
Ucapan salam itu adalah, “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh” (salam sejahtera, rahmat Allah dan berkat-Nya ke atas kamu). Orang yang membalasnya (menjawabnya): “Waalaikum salam Warahmatullahi Wabarakatuh” (dan ke atasmu salam, rahmat Allah dan berkat-Nya).
Bentuk ucapan salam yang indah ini tidak boleh disamakan atau ditukar ganti dengan ungkapan lain seperti “selamat pagi”, “selamat petang” atau “good morning”. Hal ini kerana, ucapan salam memberikan pahala kepada sesiapa yang mengucapkannya, sedangkan ucapan selainnya, sekadar pada bibir dan tidak lebih daripada itu.
Salam mengandungi pengertian yang disukai dan paling dicintai oleh manusia pada segala tempat dan zaman. Salam yang diucapkan itu juga mempunyai kaedahnya. Oleh itu, kita hendaklah mengucapkannya dengan baik dan bersopan.
Kaedah itu disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:
“Orang yang berkenderaan mengucapkan salam kepada yang berjalan kaki dan yang berjalan kepada orang yang duduk dan yang sedikit mengucapkan kepada yang ramai.” (Muttafaq alaih)
Memberi salam juga boleh diucapkan kepada sesiapa saja sama ada kepada lelaki atau wanita. Dalam satu hadis riwayat Muslim daripada Asma’ Yazid, katanya: “Bahawa Rasulullah melalui masjid pada suatu hari yang mana pada waktu itu ada sekumpulan wanita sedang duduk. Maka Rasulullah mengisyaratkan tangan Baginda sambil mengucapkan salam kepada mereka.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Ucapan salam yang mulia ini juga amat digalakkan untuk dibiasakan terhadap anak-anak kecil supaya mereka dilatih dari kecil untuk sentiasa mengucapkan salam.
Dalam satu riwayat daripada Anas: “Bahawa dia (Anas) melalui (sekumpulan) anak-anak kecil lalu dia mengucapkan salam kepada mereka dan berkata: Adalah Rasulullah telah melakukannya (mengucapkan salam kepada anak-anak).” (Muttafaq alaih)
Kita disuruh supaya mengucapkan salam dengan lemah-lembut, tenang dan suara tidak terlalu kuat.
Salam turut diucapkan ketika memasuki atau keluar sesuatu majlis. Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu tiba dalam majlis, hendaklah dia mengucapkan salam dan apabila bangun daripadanya hendaklah juga mengucapkan salam kerana tidaklah salam yang pertama itu lebih utama daripada salam kedua.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Sudah tiba masanya ucapan salam diberi keutamaan daripada ucapan lain dalam sebarang kegiatan harian umat Islam.

<< Home