Tuesday, August 21, 2007

Siapakah?

*Siapakah orang yang sibuk?*
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

*Siapakah orang yang manis senyumanya? *
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata *"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."* Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

*Siapakah orang yang kaya? *
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

*Siapakah orang yang miskin?*
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

*Siapakah orang yang rugi?*
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

*Siapakah orang yang paling cantik? *
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

*Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? *
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

*Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? *
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

*Siapakah orang yang mempunyai akal?*
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.